HomeRumah

Wednesday, March 21, 2012

Happy Birthday Miss Blur ^^

SHAH ALAM, 20 MARCH 2012- Seorang pelajar dilaporkan telah ditipu oleh rakan-rakannye .Mangsa dikabarkan berusia tepat 21 tahun telah menjadi mangsa tipu helah dunia .Mangsa dipercayai telah meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap rakan-rakanye yang bernama Blur 1, Blur 2, Blur 3, Blur 4 dan Blur 5 bukan nama sebenar . Mengikut satu sumber yang agak kurang pasti boleh dipercayai atau tidak, mangsa langsung tidak mengesyaki bahawa dirinya akan ditipu pada hari itu.Walhal , tipu daya itu telah dirancang oleh rakan-rakannya berhari hari lamanya.Tidak hairannlah mangsa diberi nama manja ala-ala comel oleh rakan-rakannye sebagai Blur 6. 

 
 bukti tipu helah rakan mangsa 

Semasa kejadian , mangsa telah ditipu rakannye dengan mendapat perkabaran bahawa rakan-rakan akan meninggalkan mangsa sendirian kerana mereka ingin pergi ke pusat karaoke.Mangsa dengan innocent nye percaya kerana mangsa tau rakan-rakannye memang hantu karaoke peringkat antarabangsa. 

Namun demikian , ape yang berlaku ialah rakan-rakan mangsa yang comel-comel belaka telah pergi membeli hadiah dan ingin membuat suprise party sempena birthday mangsa. Keadaan menjadi kelamkabut apabila Fattin bukan nama sebenar merangkap party planner telah menghilangkan diri dan gagal dihubungi sepanjang pagi.Selain itu , Yaya bukan nama sebenar telah meneman Zul the iron elevator man makan di Subway.Huyooooo sambil mereka mengUsya kek kek di KINGS .Namun begitu kata putus gagal diperoleh kerana tidak mendapat greenlight dari Party planer yang telah pengsan. Lalu mereka pulang dengan kehampaan . 

bukti ke 2.Klik pada gambar untuk tumbesaran 

Beberapa jam berlalu , akhirnye party planner telah berjaya dikesan.Tanpa dirancang , party planner dan rakan-rakannye iaitu Yan&Ben bukan nama sebenar merancang untuk ke SACC kerana sume kek kat seksyen 7 kelihatan tak best . 

Ben telah menarik diri daripada turut serta ke SACC kerana risau paru-parunye terkeluar . Beberapa minit berlalu dan akirnye Fattin dan Yan pon sampai ke SACC.Dengan semangat dan usaha yang gigih mereka melangkah dari satu kedai ke satu kedai untuk mencari sesuatu yang menarik untuk dihadiahkan kepada mangsa .Akhirnye sesuatu yang menarik itu telah mereka temui di PKNS .sedap pule .--------kisah dipendekkan ----------


Tepat jam 8.00 p.m BLURIAN telah diarahkan untuk berkumpul bagi sesi taaruf dan beefing. Kawan mangsa yang bernama Zul dan Yaya bukan nama sebenar tela berjaya mengumpulkan diri di KFC. Setelah mendengar taklimat dan menemui kata sepakat, pelan prank mereka hampir tidak berjaya apabila mangsa menolak pelawaan Fattin da party planner untuk makan bersama di KFC.Namun, dengan kebijaksaaan dan kepantasan Blurian lain, maka mangsa akhirnye bersetuju dan disinilah segala galanya akan terungkai..


Rakan mangsa, Zul telah menjdi kambing kepada Serigala apabila beliau dengan rela hatinye menawarkan diri untuk menjadi bahan uji kaji dan pergi mengambil mangsa berhampiran dengan rumahnye . 




ZUL the elevator man 


Keadaan semakin mendebarkan, akhirnye mangsa tiba.Rakan mangsa bernama Yaya tersebut hampir-hampir membakar tangannye apabile die sedang mencuba untuk menyalakan lilin buat mangsa. Mangsa duduk, dan akhirnye......!
YAYA 




HAPPY BIRTHDAY ASMAAAAA! 
WE LEBIU MUAAAAH! 

.......behind the scene ....

kek before decoration

after,,lawa kan!

muka Asma ala ala tekejut manja kekek 

and they live happily ever after...

THE END...FIN  

P/S:
GETCHA!

sekian, berita disampaikan oleh 
AZYAN ASZELI 
tooooooot...........tamat siaran^^












0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com