kehilangan Ustaz Asri [Rabbani] kira2 pkl 11.20 pagi tadi ckp menggemparkan .
ALFATIHAH BUAT ALLAYARHAM
Yang mengejutkan cara kematiannya sama dengan Yasmin Ahmad~Lepas membentangkan kertas kerja kat RTM beliau terus meninggal .Sama la macam Yasmin .Cuma bezanya Yasmin kat TV3
.

Sejenak terleka di bilik bersama rakan hari ini, dikejutkan dengan berita kematian Ustaz Asri. Buka sahaja facebook, kebanyakan rakan di facebookr telah tag berkenaan kematian Ustaz Asri. Ustaz Asri yang dikenali ramai ini merupakan vokalis utama kumpulan Rabbani, salah satu daripada kumpulan nasyid terhebat tanah air.
Berikut adalah petikan berita daripada Berita Harian Online.
KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.
Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.
Rabbani yang telah ditubuhkan pada 1 Mac 1997 dan melibatkan kumpulan nasyid yang punyai ahli yang ramai iaitu 9 orang. Kumpulan nasyid tersebut punyai keunikannya yang tersendiri dan punyai peminat yang ramai.
Popularitinya meningkat mendadak melalui lagu-lagu nasyid popular mereks seperti Maulana, Qiblat, Intifada, Nawaitu, Iqrar dan banyak lagi. Memenangi beberapa anugerah seperti Anugerah AIM, Anugerah Era, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan banyak lagi.


0 comments:
Post a Comment